KISAH PERTAMA - KISAH SEORANG GURU ATHEIS.
Maka tersebutlah kisah seorang guru sekolah rendah yang telah memegang fahaman Atheis (tidak mempercayai wujudnya tuhan). Suatu hari, sebelum memasuki kelas dia dil...ihat duduk termenung di balkoni sebelum memasuki kelas tahun 1 Aktif. Dia sedang berfikir cara dan pendekatan yang paling sesuai untuk menyedarkan murid-muridnya mengenai ketidakwujudan tuhan di muka bumi ini. Dia mahu meletakkan anasir buruk dalam pemikiran muridnya meragui kewujudan tuhan. Perah punya perah keringat otaknya itu, maka muncullah suatu idea yang agak rasional dan mudah pendekatannya. Dia tersenyum kambing lantas terus menuju masuk ke kelas tahun 1 Aktif itu.
Selepas ucapan selamat diberikan kepada guru. Guru itu memulakan pengajaran dengan membawa set induksi yang telah difikirkan sebentar tadi. Dikeluarkan sebatang pen dan ditunjukkan kepada murid-muridnya. Diangkatnya dengan agak tinggi agar semua murid dapat melihatnya.
Guru :
Murid-murid, cikgu nak bertanya, apakah benda ini?
Murid:
Sebatang pen!
Guru :
Bagus! Dia wujudkan dihadapan awak semua?
Murid :
Wujud!
Guru :
Ha…ia wujud kerana kamu melihat ia.
Terukir sekuntum senyuman penuh makna. Lalu disorokkan pen itu ke dalam poketnya.
Guru :
Ha…sekarang kamu nampak tak pen tu?
Murid :
Tak!
Guru :
Maknanya pen tak….?
Murid :
Tak Wujud cikgu! Pen sudah tiada!
Guru :
Pandai kamu semua! Baiklah..sekarang cikgu mahu kamu semua cari di sekeliling nampak di mana-mana adanya Tuhan?
Murid-murid pun mulalah mencari-cari disekeliling mereka untuk mencari ‘objek’ tuhan!
Guru :
Kamu semua percaya tuhan kan? Carilah dimana-mana, bawah meja ke? Diluar tingkap ke? Tak pun didalam tong sampah barangkali?
Sudah puas murid-murid mencari namun tidak jumpa juga ‘Tuhan’ yang dimaksudkan.
Murid :
Penatlah cikgu! Tak nampak pun tuhan?
Guru :
Tak jumpa ke? Ha…kamu tidak nampak pun kan tuhan tu dimana-mana? Maknanya….tuhan itu tidak….?
Murid :
Tuhan tidak wujud cikgu! Tuhan tidak ada cikgu!
Guru tersenyum puas, akhirnya dia berjaya memasukkan keraguan biarpun dalam keadaan yang sedikit dan mudah. Tiba-tiba, seorang murid angkat tangan, Ariff namanya.
Guru :
Kenapa kamu angkat tangan Ariff?
Ariff :
Saya nak tunjukkan sesuatu pada semua.
Guru :
Baiklah, kamu boleh ke hadapan.
Dia berdiri betul-betul bersebelahan dengan cikgunya.
Ariff :
Kawan-kawan nampak tak cikgu di sebelah saya?
Murid :
Nampak!
Ariff :
Baiklah…sekarang saya nak kawan-kawan cari dimana letaknya otak cikgu?
Murid :
Mana nampak lah ariff!
Ariff :
Haaa…kamu tak nampak ya? Saya pun tak nampak! Maknanya…cikgu tidak ada…?
Murid :
Cikgu tidak ada otak! Otak cikgu tidak wujud!
Ariff :
Pandai kawan-kawan saya!
Guru tersebut merah padam mukanya menahan malu, terus keluar dari kelas. Ingatlah Allah Laisa Kamislihi Syaiun!
KISAH KEDUA - PEMUDA ATHEIST
Ada seorang pemuda yang telah lama belajar di luar negara, akhirnya pulang ke kampung halaman di tanah air.
Apabila sampai di rumah, dia meminta kepada ibu bapanya untuk mencari seorang guru agama ,kiyai atau sesiapa sahaja
yang bleh mejawab 3 soalan daripadanya.
Akhirnya ibu bapanya mendapatkan seorang kiyai.
PEMUDA:
Kamu siapa? Dan bolehkah kamu menjawab pertanyaan saya?
KIYAI:
saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu.
PEMUDA:
kamu yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang yang pandai tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
KIYAI:
saya akan cuba semampunya.
PEMUDA: saya ada 3 persoalan...
Pertama, jika Tuhan itu Ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya..
Kedua,apakah yang dinamakan Takdir?
Ketiga,kalau syaitan diciptakan dari api, kenapakah dimasukkan
ke neraka yg dperbuat daripada api,tentu tidak mnyakitkan buat Syaitan. Sbb mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah terfikir?
Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi lelaki itu dgn keras.
PEMUDA:
(smbil menahan kesakitan) kenapa kamu marah pada saya ?
KIYAI:
saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 soalan yang diajukan kepada saya.
PEMUDA:
Saya masih belum faham.
KIYAI:
bagaimana rasanya tamparan saya?
PEMUDA:
tentulah sakit.
KIYAI:
jadi kamu percaya sakit itu ada?
PEMUDA:
ya!
KIYAI:
Tunjukkan kepada saya wujud skit itu!
PEMUDA:
saya tak boleh.
KIYAI:
itulah jawapan soalan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
KIYAI:
apakah malam tadi kamu bermimpi ditampar oleh saya?
PEMUDA:
tidak.
KIYAI:
apakah kamu pernah terfikir akan ditampar oleh saya hari ini?
PEMUDA:
tidak.
KIYAI:
itulah yang dinamakan takdir.
Tangan saya disaluti oleh apa yang saya guna untuk menampar kamu?
PEMUDA:
kulit
KIYAI:
pipi kamu disaluti oleh apa?
PEMUDA:
kulit.
KIYAI:
bagaimana rasanya tamparan sya?
PEMUDA:
sakit.
KIYAI: walaupun Syaitan dijdikan daripada api dan neraka juga dibuat daripada api, jika Tuhan mengkehendaki maka neraka akan menjadi tmpat yang menyakitkan untuk syaitan.