...

25 Peraturan Untuk Dekat Dengan Allah



Assalamualaikum para pembaca semua... Mari kita cuba amalkan apa yang hendak ditulis ini supaya kita lebih dekat kepada Allah, Pencipta kita semua..


  1. Mulakan hari kamu dengan ‘adhkaar al-istiyqaadh’ (doa bangun pagi), sebagai tanda ucapan terima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana membangun dalam keadaan yang masih sempurna.
  2. Letakkan Allah sebagai perkara pertama dalam hidup kamu.
  3. Perluaskan ilmu kamu - pelajari lima ayat baru dari Al-Quran setiap hari.
  4. Lakukan perjalanan untuk menunaikan solat di masjid bagi menceriakan hari kamu, sentiasa bawa bersama buku yang mengandungi himpunan doa dan baca.
  5. Lakukan Solat Dhuha (solat matahari terbit).
  6. Jika seseorang mengeluarkan kata-kata kasar kepada kamu, abaikan saja dan berhentikannya dengan cara yang baik, berdoa kepada Allah agar mengampunkan dosa mereka.
  7. Jika kamu marah, ingatlah Allah, dan betapa singkat dan tiada maknanya hidup untuk disia-siakan dengan marah.
  8. Ingat bahawa kamu mungkin tidak akan pernah mempunyai kawan yang ramai, tapi kamu boleh mempunya kawan berkualiti yang sedikit yang akan membantu kamu memenuhi tujuan kamu diciptakan (iaitu hidup untuk Allah).
  9. Jika kamu gembira, cuba untuk kongsikan kegembiraan kamu dengan orang lain. Bersyukur pada Allah untuk nikmat gembira tersebut, dan teruskan bersyukur.
  10. Jika sesuatu yang buruk atau  memalukan berlaku ke atas kamu, fikirkan bahawa ada perkara yang lebih teruk atau  memalukan daripada itu. Ingat bahawa itu merupakan satu nikmat dan Allah ingin memberikan kamu ganjaran pahala bersabar. Bersyukur kepada Allah kerana ianya tidaklah seteruk yang kamu sangkakan.
  11. Lakukan 'extra' kebaikan sekali sekala seperti memberi makan kepada orang miskin atau membelai/mengusap kepala anak yatim.
  12. Jangan pernah berhenti percaya bahawa kamu boleh memenangi kasih sayang Allah, maka berusaha ke arah itu.
  13. Luangkan sedikit masa untuk memikirkan ciptaan Allah yang menakjubkan.
  14. Sentiasa mengasihi mereka yang mengasihi Allah tanpa syarat. Dengan cara ini dapat memastikan bahawa kamu hidup untuk Dia, menyayangi untuk Dia dan membenci untuk Dia (kepada musuhNya).
  15. Cari cara yang betul untuk mengekpresikan diri kamu, dan jika kamu fikir bahawa apa yang akan kamu katakan itu tidak membawa sebarang faedah, diam itu lebih baik.
  16. Berikan rehat kepada diri kamu. Bersukan, luangkan masa bersama keluarga atau sahabat, tetapi sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa memerhatikan kamu.
  17. Berdoa kepada Allah untuk memberikan rahmatNya kepada mereka yang sesat dan berdoa supaya Allah akan membimbing mereka ke jalan yang benar.
  18. Peluk ibu bapa kamu, cium tangan dan dahi mereka dan sentiasa taat kepada mereka selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama Allah.
  19. Berikan senyuman kepada semua orang, mungkin dengan senyuman kamu itu boleh membawa perubahan yang besar kepada mereka dan kamu akan mendapat ganjaran.
  20. Mudah  memaafkan orang lain dan sentiasa senyum pada mereka.
  21. Air mata bukan hanya untuk wanita sahaja. Air mata adalah untuk semua manusia selagi masih punya perasaan. Usah menahan air mata kamu apabila mengingati Allah.
  22. Jika orang lain mengecam tindakan dan usaha kamu, kaji semula tindakan kamu dan lihat samada tindakan kamu akan disukai Allah atau tidak. Jika ya, maka abaikan kecaman itu dan ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W dan sahabat pernah dikecam, dipersendakan, malah dilukakan secara fizikal. Jadi, bersabarlah.
  23. Baca Al-Quran setiap hari dan cuba untuk mengadakan jadual untuk khatam sebanyak mana yang mungkin. Apabila kamu membuka Al-Quran setiap hari, fahami maksudnya  dan bukan hanya membaca tanpa mengambil sebarang iktibar.
  24. Jangan terlalu mengejar untuk 'menjadi terkenal', kerana ianya tidak akan kekal dan berkemungkinan kamu akan hilang lebih daripada apa yang kamu dapat.
  25. Jangan pernah merendahkan orang lain kerana bagi Allah, mereka mungkin lebih baik dari kamu.
Mari sertai saya untuk menyampaikan kebaikan ini. Semoga kita sama-sama akan memperolehi ganjarannya.