...

Amalan-amalan Penyelamat di Alam Kubur

       ALLAH S.W.T.bersifat  Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang .Kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal salih diberitahu tentang masalah-masalah yang akan terjadi di hari akhirat kelak.ini semata-mata untuk membolehkan hamba-hamba yang beriman menyediakan bekalan amal kebaikan untuk Negara yang kekal abadi itu.Semuanya ini disampaikan melalui rasulullah s.a.w apa yang disebut sebagai ‘hadith’.Soal akhirat,iaitu cerita alam kubur,padang mahsyar awal-awal telah diberitahu oleh Allah s.w.t. kepada kita semua.
   
               Kepada mereka yang beriman dan percaya kepada ‘Hari Akhirat’, di mana ada pembalasan, ada perhisaban, ada pertimbangan (Mizan) ada syurga dan ada neraka tetap “istiqomah’ mengerjakan amal-amal yang diperintahkan oleh Allah.Semua cerita tentang amal kebajikan dirakamkan oleh para ulama yang dipercayai dalam kitab-kitab yang dikarang oleh mereka untuk bacaan dan untuk kita pelajari.Mengenai ibadah sembahyang misalnya, para ulama telah menghuraikan secara terperinci bagaimana amalan-amalan yang kita buat ini akan dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak.
               Ibnu Qayyim al-Jauziah ,telah menukilkan dalam sebuah hadis Rasulullah yang panjang mengenai amalan yang boleh menyelamatkan sesaorang daripada kesulitan pada akhirat kelak.

               Diriwayatkan dari Abu Musa al-Madini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku semalam bermimpi melihat hal yang menakjubkan.
               “Aku melihat seorang dari umatku didatangi oleh malaikat untuk mencabut nyawanya,lalu datang amalanya kepadanya dalam berbakti kepada kedua ibu bapanya,sehingga amalan itu membuat malaikat kembali semula.
               “Aku melihat sesaorang yang telah dipersiapkan kepadanya siksa kubur,lalu datang wudhu’nya sehingga wudhunya itu menyelamatkanya daripada siksa kubur.
               “Aku melihat sesaorang yang telah dikepung banyak syaitan,lalu datang kepadanya zikirnya kepada Allah,sehingga zikirnya itu mengusir syaitan darinya.
               “Aku melihat sesaorang yang kehausan,sedang tiap kali ia mendekati telaga,ia diusir darinya.Lalu datanglah Puasa Ramadhan ,sehingga puasanya itu memberikan  minum kepadanya,
               “Aku melihat sesaorang di mana nabi masing-masing duduk dalam majlis halaqah,ia diusir dan dilarang untuk bergabung di dalamnya.Lalu datanglah mandinya dari hadas besar, sehingga mandinya itu membimbing ia dengan memegang tanganya seraya mendudukanya  di smpingku.   
                “Aku melihat sesaorang yang dihadapanya gelap sekali,begitu pula dibelakanganya, atasnya dan bawahnya,sehingga ia kebingungan mencari arah jalanya.Datanglah kepadanya hajinya dan umrahnya, lalu keduanya mengeluarkan ia dari kegelapan dan memasukkanya ke tempat yang terang sekali.
               “Aku melihat sesaorang yang melindungi mukanya dengan tanganya daripada panasnya gelojak api.,lalu datang sedekahnya kepadanya dengan menutupi gelojakkan api  dari mukanya seraya membimbingnya ke hadapan  Allah.
               “ Aku melihat sesaorang  yang mengajak bercakap dengan orang mukmin,tetapi mereka mendiamkan diri.Datanglah Sillaturrahim seraya berkata: “Wahai orang beriman sesungguhnya ia adalah orang yang melakukan sillaturrahim,maka ajaklah ia bercakap.Maka orang itu diajak bercakap oleh semua orang mukmin dan mereka menghulurkan tangan untuk berjabat denganya,sementara ia pun menghulurkan tanganya untuk berjabat dengan mereka.
               “Aku melihat sesaorang yang telah dicengkam malaikat Zabaniyah,lalu datanglah kepadanya amar ma’ruf nahi mungkarnya,hingga amalanya itu menyelamatkanya daripada siksa Zabaniyah dan memasukkanya ke dalam lingkungan malaikat rahmat.
               “Aku melihat seseorang yang jalanya merangkak dengan kedua-dua lututnya dan didepanya ada tabir yang memisahkan dia dengan Allah,lalu datanglah akhlak baiknya  seraya memegang tanganya dan membimbingnya kehadrat Allah.
               “Aku melihat seseorang yang catatan amalnya datang dari sebelah kirinya, lalu datanglah takwanya kepada Allah dan mengambil buku itu dengan meletakkannya ditangan kananya.
               “Aku melihat orang yang timbangan amalnya sangat ringan,lalu datang anaknya yang semasa kecil meninggal dunia, sehingga mereka memberatkan timbangan amal baiknya itu.
               “Aku melihat sesaorang yang berada ditebing Jahannam,lalu datang harapanya kepada Allah,hingga harapanya itu menyelamatkanya dari Jahannam dan ia berjalan menuju syurga dengan selamat.
               “Aku melihat sesaorang yang terpelanting di atas neraka,lalu datanglah air matanya kerana takut kepada Allah hingga airmatanya itu menyelamatkanya dari jatuh ke dalam neraka.
               “Aku melihat seseorang yang berada di atas jambatan (sirat) dengan tubuh gementar, lalu datang Husnu zanya (sangka baik) kepada Allah,hingga sikapnya itu menjadikanya tenang dan ia berjalan dengan lancar.
               “Aku melihat seseorang yang jatuh bangun di atas jambatan,kadang-kadang ia merangkak,kadang-kadang pula ia bergantung ,lalu datanglah solatnya menegakkan kedua kakinya dan menyelamatkanya hingga ia mampu menyeberangi jambatan hingga sampai ke pintu syurga.
               “Akupun melihat seseorang yang telah sampai ke pintu syurga ,semua pintu ditutup baginya,lalu datanglah syahadahnya,sehingga dibukakan pintu syurga dan ia pun boleh masuk ke dalamnya. 
               Tuan-tuan yang dirahmati Allah, sama-samalah kita muhasabah dan merenung diri kita .Adakah semua perkara /amalan yang mampu menyelamatkan kita kelak telah kita persiapkan dengan sebaik-baiknya.Jika belum sempurna, perbaikilah ia selagi umur kita dikandung badan.  
  
Sumber
Dipetik dari Majalah Hidayah Oktober 2009 M/s 88 & 89.
Olahan Semula Oleh  ‘Hulubalang Dakwah’
Masjid Nurul Fallah parit 12 Sg Panjang.