...

Inilah keadaan sebenar masjid yang memerlukan banyak pembaharuan.

Keadaan masjid yang memerlukan bantuan










Bila kutatap gambar-gambar ini ,sebak rasanya kerana dalam zaman serba moden masih terdapat lagi masjid dalam keadaan sebegini. Kepada siapa nak ditundingkan jari, sejak masjid ini didirikan usaha pembangunan cuba dilakukan dengan giat oleh ahli jawatankuasa tahun-tahun semasa.Banyak pihak ingin membantu dari pelbagai segi ,dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada pembinaan masjid baharu.Namun usaha sering terbantut bila status tanah dipersoalkan dan tiada jawapan pasti yang diperolehi.Status tanah kosong / tanah kerajaan kekal sehingga ke masa ini.
Namun begitu bermula dari tahun 2009 apabila pentadbiran bertukar tangan usaha untuk memohon pewartaan tanah tapak masjid  giat dijalankan.Pelbagai pihak dihubungi dari Pejabat Tanah Daerah, PAID Sabak Bernam sehinggalah aduan berkenaan masalah pewartaan disampaikan terus kepada Menteri Besar Selangor.
Alhamdulillah,berkat doa dan usaha yang berterusan, hari ini status tanah rasmi diwartakan sebagai Wakaf  Irshood oleh pihak MAIS.Maka terbukalah ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk membeli syurga Allah di akhirat kelak.Sesiapa yang merindui untuk mendapatkan Hurul Ain/ Bidadari Syurga bolehlah menyumbang apa yang termampu untuk masjid ini.Sebarang urusan yang berkaitan bolehlah berhubung dengan Nazir Masjid Nurul Falah Pt 12 ( Ustaz Saiful Azlan bin Tarli 0193022740). 
Mudah-mudahan doa saya diterima Allah untuk orang-orang yang menyumbang bagi kebaikan masjid ini.

"Allahumma Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu yang ikhlas membantu kami, luaskan rezeki mereka, berikanlah mereka rezeki yang halalantoiyyiba, dan jadikanlah mereka orang-orang yang bersyukur atas nikmatMu, Ya Allah, berikan kepada mereka anak-anak yang soleh solehah, isteri-isteri yang solehah yang akan menanti mereka di dalam jannahMu ya Allah.Pilihlah kami semua Ya Allah sebagai pejuang di jalanMu, yang syahid dalam memakmurkan rumahMu, Pilihlah kami untuk mendapat naungan rahmatMu dipadang Mahsyar kelak, pilihlah kami untuk bersama-sama nabi kami minum di Telaga Kauthar, pilihlah kami untuk menjadi ahli jannahMu tanpa hisab. Ya Allah perkenankanlah doa kami semua, kasihanilah kami Ya Allah......" Aminnn ya Rabbal Alamin.