...

Mimpi Dr. Haron Din Jumpa Nabi Muhammad SAW

 

Mari kita renungkan bersama-sama...

Bagaimana Cara Untuk Mengingati Allah


Mengingati Allah itu adalah satu kewajipan, bukan pilihan. Namun ramai orang sering tertanya-tanya, bagaimana untuk mengingati Allah sedangkan kita tidak pernah melihat-Nya, tidak pernah mendengar-Nya dan tidak tahu bagaimana rupa Allah itu sendiri. Alangkah sukarnya mengingati satu zat yang kita sendiri tidak dapat untuk menggambarkannya.

Berbeza pula dengan kekasih hati kita,

Kelebihan Solat Berjemaah


Kepentingan solat lima waktu secara berjemaah

KEPENTINGAN solat lima waktu sememangnya diketahui umum oleh umat Islam sehingga ia diletakkan pada kedudukan kedua dalam rukun Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Begitupun, keadaan umat Islam pada zaman ini yang sebahagiannya didapati sengaja mencuaikan perintah Allah ini, apatah lagi untuk menunaikannya secara berjemaah, adalah suatu realiti yang amat menyedihkan hari ini.

Oleh itu, adalah penting untuk masyarakat Islam diberikan dorongan (targhib) dengan menerangkan kelebihan dan keistimewaan solat berjemaah

Wuduk & Solat yang Khusyuk

Tuntutan Wuduk Secara Sempurna Membolehkan Solat Penuh Khusyuk



Daripada Nu’aim bin Abdullah katanya, dia melihat Abu Hurairah berwuduk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya umatku akan datang kelak pada hari kiamat bercahaya-cahaya wuduknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas yang wajib, lebihkanlah.” (Hadis riwayat Muslim)

Latar Belakang

SEJARAH MASJID NURUL FALAH



Masjid ini telah dibina di Matang Kunda pada tahun 1907 setelah Matang Kunda dibuka oleh Datuk Penghulu Laksamana Haji Saman yang berasal dari Banjar.  Masjid ini dibina daripada hasil wakaf orang ramai.  Pada tahun 1967, masjid ini telah dipindahkan ke Kampung Parit 12, Sungai Panjang, Sungai Besar dan telah dinamakan Nurul Falah.  Masjid ini sudah mencapai usia melebihi 100 tahun.
MASJID NURUL FALAH

Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai kubah dan menara.  Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat.  Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta dan stor.  Antara keistimewaan masjid ini ialah kerap menganjurkan program-program keagamaan seperti kuliah dan majlis keagamaan.