SEJARAH MASJID NURUL FALAH
Masjid ini telah dibina di Matang Kunda pada tahun 1907 setelah Matang Kunda dibuka oleh Datuk Penghulu Laksamana Haji Saman yang berasal dari Banjar. Masjid ini dibina daripada hasil wakaf orang ramai. Pada tahun 1967, masjid ini telah dipindahkan ke Kampung Parit 12, Sungai Panjang, Sungai Besar dan telah dinamakan Nurul Falah. Masjid ini sudah mencapai usia melebihi 100 tahun.
MASJID NURUL FALAH
Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai kubah dan menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta dan stor. Antara keistimewaan masjid ini ialah kerap menganjurkan program-program keagamaan seperti kuliah dan majlis keagamaan.