...

Kisah Golongan Atheist

KISAH PERTAMA - KISAH SEORANG GURU ATHEIS.
Maka tersebutlah kisah seorang guru sekolah rendah yang telah memegang fahaman Atheis (tidak mempercayai wujudnya tuhan). Suatu hari, sebelum memasuki kelas dia dil...ihat duduk termenung di balkoni sebelum memasuki kelas tahun 1 Aktif. Dia sedang berfikir cara dan pendekatan yang paling sesuai untuk menyedarkan murid-muridnya mengenai ketidakwujudan tuhan di muka bumi ini. Dia mahu meletakkan anasir buruk dalam pemikiran muridnya meragui kewujudan tuhan. Perah punya perah keringat otaknya itu, maka muncullah suatu idea yang agak rasional dan mudah pendekatannya. Dia tersenyum kambing lantas terus menuju masuk ke kelas tahun 1 Aktif itu.

Jalan-Jalan Ke Syurga

Pada setiap pagi Jumaat, sebelum menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di sebuah kota dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu pagi Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya.

Kisah Keyakinan Khalid Al-Walid Minum Racun.

Bila namanya disebut, gentar hati musuh. Seorang sahabat Rasulullah yang berjaya memimpin pasukan tentera mengalahkan tentera Parsi dan Rom. Gelaran Pedang Allah / Saifullah tidak membuatkan dirinya sombong. Bahkan beliau mengharapkan keredhaan Allah. Berperang kerana Allah bukan kerana arahan khalifah.